Nuralhubb
Mewarnai Umat Dengan Cahaya Cinta

Visi Nuralhubb
Menjadi pusat dakwah berteraskan mahabbah yang menyinari hati manusia dengan cahaya cinta Ilahi dan kasih Rasulullah ﷺ, membina masyarakat berilmu, berakhlak, dan beramal dengan nilai Islam yang tinggi.
Misi Nuralhubb
Menanam Benih Mahabbah
Membimbing umat untuk mencintai Allah dan Rasulullah ﷺ melalui zikir, selawat, dan amal soleh sebagai asas kebahagiaan hidup
Menyebarkan Ilmu & Hikmah Islam
Menyampaikan pengajian dan karya ilmiah dengan bahasa yang mudah, menyentuh hati, dan mendekatkan manusia kepada Rabb mereka
Membina Komuniti Cinta & Amal
Melahirkan generasi yang menjadikan cinta kepada Allah dan Rasulullah ﷺ sebagai dorongan utama dalam berakhlak, bermasyarakat, dan berdakwah
Menghidupkan Dakwah Kontemporari
Menggabungkan tradisi ulama dan teknologi moden agar mesej Islam terus segar, relevan, dan menyentuh hati setiap lapisan masyarakat.
Mengangkat Nilai Islam Tinggi Dalam Kehidupan
Mengajak manusia menjadikan Islam bukan sekadar teori, tetapi gaya hidup penuh kasih sayang, rahmat, dan ketaatan

Nuralhubb Team
Di sebalik tabir, inilah wajah-wajah hebat NuralHubb Team – sebuah pasukan kecil dengan misi besar. Kami bukan sekadar bekerja, tapi berkhidmat. Bukan sekadar melaksanakan program, tapi menyalurkan nilai Islam yang hidup dengan penuh mahabbah.
Nuralhubb bukan sekadar sebuah nama, tetapi sebuah perjalanan spiritual yang memimpin hati untuk mengenal Allah dengan cinta. Dalam setiap majlis ilmu dan dakwahnya, terukir mesej mendalam bahawa hidup ini bukan sekadar tentang ujian, tetapi juga tentang menemukan makna sebenar di sebalik setiap ketentuan.Ia hadir sebagai suara yang lembut, tetapi tegas, mengingatkan bahawa cinta Allah adalah ubat kepada segala luka jiwa. Dengan visi “Mewarnai Umat dengan Cahaya Cinta”, Nuralhubb menjadi panduan agar setiap insan tidak hanya hidup dengan logik akal, tetapi juga dengan rasa yang mendekatkan kepada Tuhan.